Wednesday, August 13, 2014

Berbaloi

pagi tadi jam 740am gerak dari rumah semangat pergi klinik, dengan niat boleh setel jam 900am. tapi hampeh, kul 1010am baru boleh balik.

nasib baik keputusan kadar hemoglobin aku naik, tapi tetap jugak tulis dengan pen merah lagi. rasa berbaloi letih kunyah limpa semalam. tengahari tadi aku masak lagi sekali limpa tu, sebab ada baki sikit je la. tapi makan tak habis2 jugak.

pagi tadi sebelum pegi klinik, aku kunyah delima dulu. risau sangat takut kena warded macam dulu.

yang paling leceh, esok pagi kena pegi klinik lagi semata nak scan. aku mintak tangguh tapi doktor langsung tak bagi peluang. eh, dia pulak yang excited nak tengok baby kan?

oklah, esok pulak ye. muhammad adam ni tiap malam tidur sambil peluk adik dia. sweet la sangat kan.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails