Tuesday, August 12, 2014

Penat Kunyah Limpa

tengahari tadi pegi beli hati dan limpa lembu kat pasar, rm5 je. aku ambik sikit je, takut membazir. selama ni tak pernah pun masak benda alah ni. hari ni terpaksa gagahkan diri.

balik rumah, rehat sekejap then solat zohor. pastu masuk dapur kelentang kelentang masak hati dan limpa untuk kali pertama dalam hidup. ini semua gara-gara nak naikkan kadar hemoglobin darahku yang rendah ini. ikutkan petua sedara aku, beliau cadangkan rebus je limpa tu then minum air rebusan tu. hb dia dari 6.5 boleh meningkat ke 12! nak je aku buat macam tu, tapi aku sangat tak sanggup nak minum air limpa ni. limpa pun aku tak suka makan, ni nak kena minum pulak?

aku goreng je limpa tu dengan hati. liat kemain limpa ni. penat kunyah, tak jugak hadam. last2 aku telan je. sakit jugak gigi ni. huuu

pagi tadi masa bangun ambil wuduk, terkejut sakan aku dalam bilik air. masa berkumur, keluar darah beku seketul dari dalam mulut. air kumur pun warna merah. rupanya gusi aku berdarah! ini kira kali pertama jadi macam ni. aku anggap normal sebab aku kan tengah hamil. hehe

okey itu je nak cerita. daa..

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails