Wednesday, August 20, 2014

Pengalaman Kali Kedua

sebenarnya mengandung kali kedua ini tidak disangka-sangka. aku macam tak percaya je mengandung. mulut masin betul. aku niatkan, bila adam dah masuk umur 2 tahun, boleh la start mengandung. rupa-rupanya Allah perkenankan niat aku. cukup je bulan mac adam umur 2 tahun, aku pun mengandung..

memang umur adam genap 2 tahun!

aku mula morning sickness masuk bln ke dua. tak boleh bau busuk langsung. selalu sangat muntah. tapi tak seteruk mengandungkan adam dulu. dulu hampir 4 bulan aku muntah setiap pagi. kali ni cuma sebulan lebih. kali ni jugak, masa bulan kedua jugak muka aku naik jerawat. musykil betul. nasib baik masuk bln ke 4, jerawat hilang dengan sendiri. kulit muka pun licin je. aku pun sekarang ni dah tak pakai apa-apa skincare. tetiba rasa was-was. ingat nak consume radiance signature je. tapi macam tak berapa nak pulak.

hihi

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails