Monday, September 8, 2014

Kerana Terpaksa

setelah sebulan berlalu, pagi semalam kakiku menjengah lagi ke klinik, dengan harapan kesihatanku bertambah baik.

alhamdulillah, kandungan darah aku meningkat, tidak perlu lagi dicatat menggunakan dakwat merah. beratku juga meningkat 2kg. paras gula normal, tekanan darah normal. jantung cik baby normal.

namun, aku telah disuntik dengan vaksin ATT. demi Tuhan, aku menolak. tapi tidak mampu, sebab aku tidak bertegas. aku mati hujah. memandangkan jururawat yang merawat aku adalah jiranku. aku malas bermasam muka. sehingga aku rela darah dagingku dimasukkan benda.

bahuku masih bengkak sehingga kini. kenapa aku sanggup menanggung derita demi orang lain?

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers