Tuesday, October 7, 2014

Checkup 32 Weeks

pagi ni pegi klinik lagi .. sampai kat klinik 745am dah ramai dah ibu-ibu mengandung. masak la aku tunggu turn. sobsob. pagi tadi lepas subuh aku makan buah delima dan minum susu carrot. buat persediaan la, nanti kang tak pasal-pasal kena repeat ambil darah kang.. 

memang agak berdebar-debar dalam hati.. risau takut hb aku turun. sampaikan tekanan darah aku agak naik sikit. biasa 100/60 je, hari ni 120/70 pulak.. pecah rekod rasanya. atau mungkinkah sebab aku makan buah duku dengan ketupat malam tadi?

berat aku naik 2kg so 32weeks berat aku jadi 55kg. risau jugak takut terlebih kan. alhamdulillah naik 2 kg je. lama betul aku tunggu turn ambik darah tadi. berdebar sangat-sangat. mana tak berdebar, sebulan aku skip ambik iron tablet, vitamin b dan folic acid. sebulan lepas, before aku pegi checkup. aku skip jugak, tapi 3 hari sebelum aku ambik la jugak iron tablet tu sebab risau hb rendah. tiap kali ibu-ibu pegi ambik darah kat misi tu, mesti misi tu tanya ada makan ubat tak. time aku nasib la dia tak tanya. tak payah la kan aku tipu sunat. hehe

keputusannya, hb aku maintain, cukup-cukup makan. bulan lepas 11.3, bulan ni 11.4. nampaknya aku berjaya kekalkan hb tanpa bantuan ubat farmasi. bersyukur sangat. 

betullah, pemakanan yang mempengaruhi kesihatan kita. jangan makan makanan yang tak berkhasiat. nanti makanan tu just lalu je, pastu keluar. then u have nothing. elakkan makan makanan yang diproses, ada preservatives. contohnya makanan dalam tin, makanan segera, makanan yang tarikh luput dia lambat lagi, makanan yang diproses. jangan terpengaruh dengan iklan. time masak tu, dont use ajinimoto atau perasa. garam pun, beli yang organik, elakkan garam putih tu. gula pula please use organic also. gula putih is not safe for us especially for baby, preggy and orang tua. makanan yang Allah ciptakan ni bukan sekadar untuk mengenyangkan, tapi yang paling utama adalah untuk kesihatan, untuk kita melakukan ibadah dengan sempurna.

kalau boleh, elakkan pengambilan ubat farmasi.

 


No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails