Wednesday, October 15, 2014

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 20 Zulhijjah 1435H.



KENAPA ANGIN PUTING BELIUNG ?
Allah SWT tidak akan menimpakan kita satu musibah walaupun sekecil manapun musibah itu melainkan kerana 'apa' (apa ya?) yang telah kita usahakan.
Yakinlah, bahawa setiap kesilapan yang kita lakukan pasti akan menerima balasan dari Allah. Sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang terdahulu.
PENCERAHAN :
1. Kaum Nabi Nuh. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar.
2. Kaum Nabi Hud. Kaum 'Ad mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin puting beliung yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar.
3. Kaum Nabi Salleh. Kaum Thamud membunuh unta betina (mukjizat nabi) sehingga Allah menimpakan kegoncangan gempa bumi kepada mereka
4. Kaum Nabi Luth. Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, Allah terbalikkan mukabuminya.
5. Kaum Nabi Syuaib. Kaum Madyan dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat.
6. Ashab Al-Sabt. Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina.
7. Ashab al-Rass. Mereka mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan Allah.
8. Ashab al-Ukhdudd. Kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk dan dibinasakan Allah.
9. Ashab al-Qaryah. Adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan satu suara yang sangat keras.
10. Kaum Tubba’. Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa.
11. Kaum Saba. Mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan Empangan Ma’rib dengan banjir besar.

Firman Allah SWT ;
"...dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya menta’ati Allah), tetapi mereka menderhaka, fasik dan melakukan maksiat maka sampailah kesatu tahab, sudah layak dihukum oleh Allah swt (ketentuan Kami); maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (QS Al-Israa' : 16)
Berlakunya bencana dan musibah termasuk ummat Islam diatas dunia ini tidaklah dengan sengaja, ada sebab-musababnya dan hikmah di sebaliknya. Walau bagaimanapun Allah SWT boleh melakukan apa saja untuk menunjukkan Dia yang berkuasa dan tiada siapa yang boleh menghalang-Nya.
Inilah konsep tauhid sejati kepada Allah SWT, Allah yang Maha Berkuasa, kita yang lemah, kita yang perlu kepada Allah SWT, kita amat perlukan jaminan keselamatan dari-Nya. ✅Berlakunya bencana merupakan satu peringatan daripada Allah SWT agar manusia segera bertaubat kepada-Nya dan kembali kepada jalan yang benar, jalan Islam, jalan yang mengagungkan-Nya.
Adakah masyarakat Jepun yang ditimpa bencana Tsunami dan Radiasi contohnya, boleh berfikir sejenak untuk mencari Tuhannya? Adakah masyarakat Arab juga akan sedar dan membawa negara mereka balik kepada Allah SWT setelah sekian lama berkiblatkan demokrasi Barat?
Kepada umat Islam pula, pimpinan dan rakyatnya terus menderhaka, fasik, zalim kepada rakyatnya, membolot harta benda negara untuk keluarganya. Walaupun dilimpahi dengan kekayaan seperti minyak dan hasil bumi yang melimpah ruah. Mereka tidak bersyukur, tidak menjalankan hukum Allah, tetapi sebaliknya pembaziran dan maksiat pula yang dilakukan. ✅Pesta Muzik, Pesta Arak, pesta sana pesta sini... akhirnya melayakkan diri dan negara untuk dihukum oleh Allah SWT. 

Nauzubillahi min zalik!
Ada ulama' menafsirkan bahawa segala bencana yang berlaku di muka bumi datangnya dari maksiat yang berleluasa, sebagai contoh banjir yang berlaku adalah kerana berlakunya zina, rogol yang berleluasa.
Banjir ini diturunkan untuk menbersihkan muka bumi ini yang telah dinodai. Kemarau yang berpanjangan pula adalah berpunca dari golongan yang enggan membayar zakat.
Daripada Abu Bakrah r.a., Nabi saw bersabda: "Doa orang yang ditimpa bala ialah: ' Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat Engkau, janganlah Engkau membiar aku menentukan diriku sendiri walau sekelip mata. Perelokkanlah keadaanku seluruhnya, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau" 
(HR : Abu Daud dan Ibn Hibban)

KESIMPULAN :
Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi manusia melainkan manusia itu menzalimi dirinya sendiri.
Pepatah orang Jawa kampung Ust Kay ada menyatakan : "People who forgot about the past are condemned to repeat it." Wallahu a'lam - Do you understand bro? Ukay's (Ust. Hj. Kamil)

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers