Wednesday, October 15, 2014

Pergi Jauhlah Kesakitan Itu Dari Anakku

jam 5 ptg tadi muhammad terbangun dari tidurnya yang tak berapa lena. aku suruh dia kejutkan babyZ, tapi dia macam tak nak layan. biasanya dia akan kejutkan.

tetiba je dia mengadu penat.. penat, penat katanya. aku terus periksa denyut jantung dan suhu badan. normal. ya Allah, kenapa ni..

aku pun sapu minyak habbatusauda kat dada, belakang, tapak kaki, betis. sambil buat urutan lembut dan akhirnya muhammad terlena lagi.

risaunya aku Allah saja yang tahu. sudahlah kami bercadang nak balik kampung minggu depan.

ahad lepas muhammad tersadung kepala kat bucu meja tv. nasib baik tak kena mata. sipi sangat nak kena. bahagian dahi lebam, pipi dan hidung terguris. ini semua sebab dia juga yang suka memanjat.

ya Allah, sembuhkanlah anakku, Muhammad Adam. berikannya kesihatan yang cemerlang. aminn

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails