Wednesday, October 1, 2014

Dah Masuk 8 Bulan Pun

hari ni sepatutnya aku kena pegi klinik tapi tak dapat pegi la pulak. sebenarnya minggu lepas, tapi aku tak ingat. pastu misi tepon la. aku memang langsung tak ingat. padahal hari sabtu tu aku siap pegi klinik swasta lagi, pegi scan untuk prepare kat doktor hari rabu. boleh pulak tak ingat kan.

aku dah cakap kat misi tu, hari ni tak dapat pegi. tapi dia mcm nk jugak tulis kat buku patutnya pegi hari ni. aku cakap minggu depan baru boleh. bukan aku culas, tapi dah memang minggu ni aku tak boleh kuar siang hari.

minggu ni aku dah masuk 31weeks. maknanya next week dah masuk 8 bulan. pregnant kali ni aku tekankan dari segi pemakanan harian. hari-hari aku minum susu segar dan kurma. dulu masa mengandungkan adam, aku tak minum susu pun. kurma pun tak. cuma aku tak skip ambik folic acid. tapi yang kali ni, aku skip folic acid. aku ganti dengan delima merah. biarlah delima tu mahal pun. aku sanggup beli pakai duit aku sendiri.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails