Wednesday, October 8, 2014

Tazkirah Ringkas

  • Setiap insan ingin berubah ke arah kebaikan.. Yang sudah baik nak jadi lebih baik.. Namun, setiap kali hendak berubah pasti ada dugaan yang akan kita tempuhi..
  • Setiap insan, Allah beri kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Tidak semua orang mampu menghadapi ujian dan dugaan yang Allah berikan.. Tapi, Allah hadirkan orang-orang yang boleh membantu insan itu..
  • Bersyukurlah andai kita diberi ujian dan dugaan, kerana itu tandanya Allah sayangkan kita.. Yang tidak diberi ujian dan dugaan bukanlah kerana Allah tak sayang, tapi Allah menyayanginya dengan cara yang lain..
  • Tiada jalan senang untuk berubah.. Rintangan membuatkan kita pasrah, air mata seringkali tumpah dan adakalanya kita sendirian tapi Allah sentiasa bersama kita..  
Allahhu Robbi

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers