Sunday, November 16, 2014

Coretan 38 Minggu

saja letak gambo ni

Dalam usia kehamilan 38 minggu, rasa sangat sangat sangat tak sabar nak sambut kelahiran babyZ. Tertanya-tanya macamana la rupa beliau. Adakah sama dengan muka si newborn abang long dulu? Harapnya tidak.. hehehe

Sebenarnya dalam kepala penuh dengan tanda tanya. Macamana perasaan kalau dapat bersalin awal? Macamana keadaan bersalin normal tanpa induce? Adakah sama sakitnya? Adakah lagi sakit? Adakah kurang sakit? Sebab aku memang menaruh harapan untuk merasakan sakit yang semulajadi.. biarlah air ketuban ni pecah sendiri.. biarlah aku dapat rasa contraction tu sendiri.. biarlah aku yang sambut kelahiran tu sendiri.. eh???

Kan best kalau birth plan aku berjaya.. aku nak sangat natural water rupture.. food and water over IV.. delayed cord clamping.. free movement.. intermittent monitoring.. placenta to be saved.. breastfeeding asap.. no episiotomy.. immediate skin to skin.. partner to cut cord.. delay exams for bonding.. parent will bathe.. no circumcision.. no eye ointment.. no vitamin k.. no hepatitis B.. kan best kalau aku dapat sokongan dari suami untuk merealisasikan semua ni.. masa aku jumpa info pasal dcc, aku tunjuk gambar kat dia, lepas tu aku tanya apa first impression dia bila tengok gambar tu, negative or positif, dia jawab negative. Saat tu aku rasa kecewa sangat dengan jawapan dia.. kenapa dia taknak tambah ilmu? Allahu

Pastu tetiba pulak rasa, Berjaya tak aku nak hadapi semua ni sorang-sorang? Macamana kalau aku gugur di medan perang nanti? Macamana kalau aku tiba-tiba pergi? Macamana dengan abang long? Macamana dengan babyZ? Siapa yang akan menjaga makan minum pakai anak-anak aku nanti? Siapa yang akan bagi pendidikan dunia akhirat untuk anak-anakku nanti? Allahu..


Eh, rasa macam berat sangat kepala ni. Perasaan yang bercampur aduk. 38 minggu aku tak khatan lagi al-quran. Rasa macam tak cukup masa sangat. Baru juz 20. Aku leka sangat kali ni. Dalam masa yang sama, nak babyZ cepat-cepat keluar. Dalam masa yang sama juga, aku macam tak ready lagi. Tapi dalam masa yang sama juga, aku rasa macam ready. Aku pun tak tau. Sangat tak tau. 

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails