Tuesday, December 9, 2014

Kisah Bersalin Kali Kedua

hari sabtu, 22 november adalah hari minggu so kami keluar jalan-jalan cari makan. telah aku niatkan hari ni aku nak berjalan je. nak suh babyZ lahir cepat-cepat. biarlah aku penat pun. rancangnya esok ahad aku dah ajak inchik suami pegi putrajaya, kan ada karnival upin ipin. kiranya macam last la bawak adam jenjalan, sebab aku kan dah kena pantang selepas ni..
jadinya sabtu tu kitaorang pun jalan-jalan la.. sampai la satu saat inchik suami penat, tapi terpaksa juagak beliau langkahkan kaki lagi semata sebab aku yang mengajak.. terpancar jugaklah kemarahan di wajahnya, tapi aku tak ambik peduli. kang aku jugak yang menangis nanti kalau ambil kisah. memang aku ni jenis sensitif banyak, lebih2 lagi kalau preggy.

kami sampai rumah dah malam. tapi malamnya masih awal lagi, sebab fikirkan esok nak pegi putrajaya dan pegi ambik mek kat kajang. mek aku dah ada kat kajang dah, kebetulan kakak aku balik kampung, so mek tumpang je dorang then kami la kena pi ambik kat rumah dia esok so kami pun tidurlah awal....

tup tup jam 3.30am aku tetiba je rasa macam sakit perut. rasa macam ada mild contraction. terus tersedar dan tak dapat tidur lagi. dan, pada satu ketika, aku dapat rasakan air yang hangat keluar, dalam kuantiti yang banyak. eh, air ketuban ke? ke aku terkencing? cepat-cepat aku bangun, basah habis tilam. aku ke bilik air, air tu terus keluar lagi. banyak! tetiba je risau, macamana kalau babyZ tak boleh berenang dah kat dalam ni? sebab air dah takde? oh oh oh.

aku cepat-cepat google. cari info pasal air ketuban pecah awal. memang tanda bersalin. kena cepat-cepat pegi hospital. kalau air ketuban pecah, kita ada masa 24jam je lagi. ok bila dah tau macam tu, aku tak kejutkan lagi inchik suami. risau pasal abang long. nak letak kat mana nanti? mana boleh bawak masuk labour room pun. masuk wad pun tak boleh. macamana inchik suami nak uruskan aku, dan adam lagi?

perut pun macam dah sakit. macam senggugut, senggugut yang tak teruk. jam 430am aku kejutkan inchik suami. cepat2 inchik suami bangun pegi mandi, nak bawak pegi hospital. aku cakap, tunggu la subuh dulu. nanti nak letak adam kat mana? suami cakap letak kat rumah mak sedara dia je. so kitaorang pun tunggu la subuh dulu. dah subuh, kami pun pegi la hantar adam kat rumah mak sedara tu. 

aku macam berdebar-debar. dalam hati, berharap agar proses bersalin kali ni dipermudahkan. tak sakit macam dulu. dalam perjalanan tu, boleh pulak kami sesat. sesat sampai ke putrajaya. sebab terlepas simpang ke serdang. terpaksa pusing jauh. aku sempat membebel kat inchik suami. kenapa la tak cakap taktau jalan.. boleh la aku bukak waze awal-awal. 

kami sampai kat hospital serdang pun dah pukul 7am. masa aku daftar tu, tetiba je ramai ibu nak bersalin. terus tak cukup katil. labour room pun penuh. aduh, dugaan sungguh.

eh, bersambung.



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers