Monday, December 29, 2014

Kisah Bersalin Kali Kedua 3

sambungan dari sini

lahir je babyZ, puan bidan letak atas dada aku sekejap. pastu dia bagitau nak potong tali pusat. aku cepat-cepat bagitau boleh tak delay 5 minit.. nasib baik dia setuju.. dah siap potong, hubby ambik then azan dan iqamatkan kat kedua2 telinga cik baby.. lepas tu misi ambik bersihkan sekejap then letak balik atas dada. time tu bidan tu start menjahit. ngeri sangat. aku dapat rasa jarum tu di tusuk kat kulit dan benang di tarik. bidan tu cakap, saya pun tak tahu nak jahit macamana, tapi saya jahit je la.. nak bagi cantik . adui cik bidan.. aku rasa lama sangat dia jahit.. tapi dia cakap sikit je.. kalau awak jaga betul2, 2 minggu dah elok ni.. time dia jahit tu, aku peluk babyZ je, nak redakan sakit tu.. pastu ada misi datang bisik kat telinga, mintak izin nak cucuk bcg dan hep b. aku dalam nada lemah cakap boleh tak jangan cucuk lagi.. saya nak tangguh dulu.. misi tu terkejut.. pastu dia cakap ok nanti tanya doktor..

doktor laki pun datang.. ya Allah sekali lagi aku malu.. dalam keadaan terkangkang macam tu doktor tu datang jenguk.. itupun bidan tu suh doktor tengok, sebab macam ada yang tertinggal darah beku lagi kat dalam rahim. doktor tu tekan2 perut aku.. alahai, mana la doktor perempuan ni.. misi yang tanya pasal cucuk pun bagitau doktor, doktor, pesakit ni tak nak cucuk bcg dgn hep b, cemana ni. pastu doktor laki tu pandang aku sambil tekan perut, bcg pun awak taknak cucuk ke. aku jawab je tak nak lagi. pastu doktor pun pergi macam tu je.

tinggallah aku dengan bidan tu je. bidan tu memang baik. pandai layan patient. muda lagi, muda 2 tahun dari aku. comel pulak tu. dah siap jahit sume, dia siap tolong salin pakaian untuk aku. dulu masa aku bersalin kat husm, xde nya nak salin2 baju ni. dah la pakai baju sendiri. xde nya baju hospital ni.. 

aku keluar dari labour room tu lebih kurang jam 10pm.. hubby, adam dan mek aku pun dah balik rumah.. tinggallah aku dengan babyZ.. sobsob. dan disebabkan wad penuh, aku dan babyZ ditempatkan di wad transit.. yang xde kain pemisah, yang xde aircond, yang bilik airnya jauh.. yang katilnya rapat2.. kesian kat baby2 kat dalam wad ni.. kepanasan.. malam tu ibu2 terpaksa pujuk newborn yang menangis tak selesa.. nasib baik babyZ diam je.. aku pergi bilik air pun tak berteman.. kepala memang pening sangat time tu. cari misi yang jaga takde pulak, walhal misi pesan suh bagitau dia kalau nak pegi bilik air. aku pun dah nak buang air sesangat. so aku suh je ibu katil sebelah tengokkan babyZ. 



No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails