Wednesday, October 7, 2015

Hari Pembalasan

Hari Pembalasan; "Manusia memang banyak buat dosa, kerana tidak yakin, cerita tentang syurga neraka barzakh. Cerita-cerita akhirat.

Harini kita banyak sangat bercerita pasal dunia, maka kebesaran dunia bertaut didalam hati manusia dan akhirat tu kecil dalam hati menjadi antara sebab berani berbuat dosa."

"Bila mana akhirat melebihi dunia didalam iman kita ini, maka kita lihat kereta ferrari pon tak memberi kesan apa-apa. Kita tengok superbike pon tak ada rasa apa-apa. Kerana hati ini lebih merindukan akhirat."

"Macam mana nak jadi orang soleh? Orang soleh selalu bercerita tentang agama, selalu memberi dan mendapatkan tazkirah dan peringatan. Selalu berzikir, tidak meringankan solat. Bila buat maksiat dan tak melibatkan dengan oang lain."

"Maka umpama kita mencedok satu baldi didalam laut. Memang tak nampak beza tapi terkurang satu baldi dari sukatan laut. Kalau kita memberi sedikit tazkirah umpama menyimbah satu baldi didalam laut.
Kita tak nampak perbezaan akan tetapi memberi satu baldi air didalam isipadu lautan."

"Ketika Malaikat Jibrail diperintahkan oleh Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ untuk menghempapkan negara yang membuat maksiat kepada Allah. Lalu, jibrail turun ke negara itu untuk menghempapkan tanah. Tetapi, terjumpa seorang alim lalu jibrail cancel dan mengadap Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ .  Malaikat jibrail bekata; "Ya Allah, masih ada orang  yang takberbuat dosa secebis pon."

"Lalu Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ berfirman; "Kamu hempapkan tanah ke atas kepala orang alim itu dahulu baru kepada kaumnya." Kerana apa, kerana dia tak risaukan kaumnya. Tak pernah berkerut muka pon apabila lihat orang disekelilingnya membuat maksiat."

"Lahirnya org maksiat mungkar kepada Allah ialah daripada kesilapan ibu bapa pada hari pertama perkahwinan. Malam pertama bersama, tapi jika ibubapa memanfaatkan peluang ini maka akan lahirlah anak- anak yang soleh. Ribaan ibulah madrasah yang pertama untuk melahirkan anak-anak calon syurga."

"Hakikatnya pada umur kita tiga puluh tahun, maka kita bangun dari tidur. Umur kita tiga puluh tahun dan tiga puluh tahun kita bangkit dari tidur. Jadi, didalam kita tidur dan bangun kita dari tidur, terselit terkandung satu mesej untuk kita fikirkan iaitu kita akan dibangkitkan dipadang mahsyar nnti didalam keadaan sepertimana kita bangkit dari tidur."

"Hidup kita umpama masa antara dua sujud iaitu duduk antara dua sujud. Daripada tanah kita datang iaitu sujud pertama dan kembali, adalah kepada tanah iaitu sujud yang kedua."

"Kelahiran Rasulullah ﷺ ialah tanda kiamat sudah
dekat. Sabda Rasulullah ﷺ ; "Apabila aku diutuskan
menjadi nabi, maka bumi ini akan kiamat dan jaraknya umpama antara kedua-dua jari ini. Bererti sangat dekat."

"Para sahabat bertanya kepada Nabi; "Ya Rasulullah. Mengapa
sepanjang umur mu kami tidak nampk kamu berehat dan bersuka ria. Maka nabi menjawab; "Aku takut malaikat akan meniup sangkakalanya yang bila-bila masa akan dia meniupnya."

"Kiamat akan berlaku apabila gerhana berlaku. Nabi juga takut kalau gerhana berlaku kerana ia antara tanda-tanda kiamat akan berlaku. Satu tiupan yang manusia tidak pernah dengar. Satu bunyi yang halus dan semakin lama ia akan menjadi kuat lalu manusia seperti dalam keadan mabuk menjerit meraung sehingga gegendang telinga pecah."

"Pokok-pokok dan gunung-gunung akan tercabut daripada akarnya lalu berterbangan di langit. Langit akan terbelah dan menjadi warna kemerahan-merahan dan tiupan kedua ditiup lalu manusia yang berterbangan tadi akan jatuh bergelimpangan ditanah. Hari ini dinamakan yaumul fazail amzat iaitu hari ketakutan."

"Antara makhluk terakhir Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ cabut nyawanya pada hari kiamat ialah malaikat-malaikat muqorrobin. Antaranya malaikat jibrail, israfil, empat malaikat yang memikul arasy Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ dan malaikat izrail."

"Lalu malaikat izrail berkata; "Ya Allah, semua aku sudah tarik nyawa mereka. Kini, aku seorang saja yang tinggal. Lalu Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ memerintahkan; "Wahai Izrail, engkau cabutlah nyawa kamu sendiri. Malaikat izrail pon mencabut nyawanya. Cabutan nyawa para malaikat umpama seekor kambing yang dicincang-cincang halus."

"Kemudian setelah itu. Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ berfirman; "Siapa lagi yang maalikiyau middin? Siapa lagi yang berkuasa? Siapa lagi? "Lalu para bidadari mnjawab lillahi wahidul kohhar; "Tiada lagi kecuali mu Wahai Allah yang esa."

"Kalau manusia mati didalam keadaan bersujud nanti, dia akan dibangkitkan didalam keadaan sujud juga. Kalau mati didalam membaca Al-Quran maka dia dibangkitkn dlm keadaan membaca quran juga. Akan tetapi, kalau dia mati didalam maksiat ketika memegang botol arak maka dia akan dibangkitkan dengan keadaan botol arak ditangannya."

"Selama lima puluh ribu tahun kita akan hidup dengan jiran kta di akhirat nnti. Sedangkan selama enam puluh tahun kita tak tahan berjiran dengan jiran yang suka membuat maksiat. Jadi mintak juga tempat yang baik-baik untuk kita dimatikan selain mintak dimatikan dengan cara baik yakni husnul khotimah."

"Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ akan keringkan air laut yg terbentang luas seluruh dunia ini, dengan Allah akan membuka pintu neraka sakar neraka bagi orang yang tinggal solat. Maka terus keringlah lautan dunia. Kita akan dibangkitkan ketika bumi bertukar menjadi perak langit bertukar menjadi emas. Seterusnya kita akan berjalan kaki tanpa selipar daripada malaysia ke syria."

"Ada tiga cara berjalan dipadang mahsyar. Yang pertama, berjalan kaki. Yang kedua, menunggang kenderaan binatang korban. Dan korbanlah dengan binatang korban yang besar-besar dan gemuk-gemuk. Yang ketiga, Berjalan dengan muka diseret di tanah. Ada tujuh golongan yang akan duduk dibawah naungan arasy Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ di padang mahsyar kelak. Yang pertama adalah ketua yang adil."

"Yang kedua, orang yang bersedekah. Yang ketiga, orang yang cinta kepada masjid. Yang keempat orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Yang kelima, org yang menitiskan air mata diwaktu sunyi mengenang dosa-dosa yg dilakukan. Yang keenam, orang yang menghafal Al-Quran. Dan yang ketujuh adalah orang yang mati syahid."

"Ada tiga golongan yang dihisab awal nanti diakhirat dan yang akan dihumbangkan ke dalam neraka. Yang pertama, adalah para alim ulamak yang mengembangkan agama Allah. Tetapi bukan ikhlas kerana Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ."

"Kerana manusia dan untuk memdapatkan nama sahaja. Yang kedua, adalah golongan mati syahid kerana manusia bukan ikhlas kerana Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ . Dan yang ketiga, golongan yang suka mnderma tetapi bukan niat kerana Allah dan mendptkan redha Allah tetapi untuk mendpatkan tempat dikalangan manusia."

"Segala kesalahan kita didalam beramal yang para ulamak tak boleh tegur ialah ikhlas. Maka kita beramal perlu mncari redha Allah. Barangsiapa yang menyebut satu ucapan tasbih subhanallah walhamdulillah walaa ilaahailallahu allahu akbar. Maka akan tumbuh satu pokok di syurga nnti. Bila dah ada pokok tu maka kita juga akan berada disitu."

"Di dalam neraka jahanam kalau dicampakkan seketul batu selama tujuh puluh tahun, batu itu tak jumpa lagi dasarnya. Neraka jahanam untuk siapa yang tak bertaubat kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ . Banyakkan ingat mati. Orang yang selalu ingat mati itu, dia akan segera bertaubat, dan dia berasa cukup dengan nikmat dan apa yang dia ada."
.
Daripada Maulana Wan Helmi

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers