Monday, August 22, 2016

Anak aku, tanggungjawab aku

Anak ummi, pandai la ummi jaga. Ummi tau la tahap kesihatan anak ummi. Ummi yang jaga dari dalam perut ummi. Ummi yang jaga sampai besar macam ni. Segalanya ummi yang uruskan.

Anak ummi, hak ummi, tanggungjawab ummi.

Kenapa ada jugak manusia yang sibuk-sibuk nak campur tangan cara ummi jaga anak ummi? Kenapa takleh tengok kami sihat? Kenapa?

Buanglah sifat dengki tu. Buang jauh-jauh. Saya tak pernah kacau hidup awak. Saya tak pernah persoalkan cara awak jaga anak. Saya tak pernah terpikir nak fikir yang buruk-buruk pasal awak.

Kita semua milik Allah. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita pergi. Nikmat di dunia ni sementara je. Segala harta yang kita dapat ni tak leh bawak masuk kubur pun. Ajal tak kenal usia. Kun fayakun. Allah lagi maha berkuasa. Janganlah takbur wahai manusia. Awak dapat lebih nikmat dunia, bersyukurlah, selagi belum terlambat. Di dunia awak mulia, di akhirat belum tentu lagi. Saya doakan yang baik-baik saja untuk awak.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails