Wednesday, September 21, 2016

Pengalaman bersalin : Kali ke Ketiga

Alhamdulillah, aku dah jadik mak anak tiga!!! Tak terungkap rasa perasaan jadi mak anak tiga ni ha..

Hari ahad, mang aku tak banyak berjalan. Husband bawak g tanjung harapan. Apa je yang ada kat sana? Tak best langsung. Berenti tepi jalan, makan goreng pisang pastu blah. Tempatnya penuh dengan rubbish. Bau stink pulak tu.

Balik rumah, solat asar. Santai2.. Maknanya aku memang tak banyak berjalan la before beranak tu.

Dalam jam 3pagi esoknya, hari isnin aku rasa macam sesuatu yang hangat mengalir   keluar. Cepat2 bangun p bilik air. Eh, darah la. Tetiba rasa macam takut, sebab tak pernah ada experience turun darah. Aku dok ingat turun air ketuban je, macam zulaikha dulu. Sambung baring, googling cket, cari info pasal tanda turun darah ni cemana progress dia. Ooo cenggitu. Ok sambung tidur la..

Tertidur lah diriku ini.. Tett tett bunyi tepon. Eh, dah kul 5pagi. Bangun mandi sume, solat sunat cket, sementara tunggu subuh. Mana la tau kot2 ini jadi solat yang last. Allahuallam.

Lepas solat, aku baring sekejap. Pagi ni hujan lebat pulak. Sedapnya sambung tidur. Nak pegi goreng nasik, tapi risau takut budak2 bangun bila bunyi kelentang kelentung kat dapur nanti. Pastu zulaikha pulak dok cari susu. Aish budak ni, ada aje la. Husband bangun nak pegi keje. Masa tu aku rasa macam ada mild contraction sikit. Aku pesan kat husband, standby la ye, dah keluar tanda ni. Husband ok je. Terpaksa p keje dengan kete sebab hujan lebat sangat. Sampai kat tempat keje, parking pulak penuh. Terpaksa park kat hujung jalan. Jalan jauh punya pasal, lewat punch card jadinya. Tolak la elaun kedatangan bulan ni rm50. Eh, terstory pasal husband pulak. Sori2.. Itulah hakikat kehidupan.

Dah jam 8pagi camtu, contraction makin kuat pulak. Cepat2 aku masuk dapur. Budak2 dah bangun. Kena bagi dorang kenyang ni, kang nak tinggal nanti. Lendir darah memang keluar non stop. Terpaksa pakai pad.

Dah siap masak, tak boleh suap dorang dah sebab contraction selang 10 minit. Time sakit tu datang, terpaksa duduk mencangkung, baru boleh tahan sakit. Masa tu dah jam 10pagi. Husband mesej cakap dah ontheway balik.

Husband sampai, aku pegi mandi air panas dulu. Cara old school je kite. Mana la ada hot shower kat rumahku ini. Ikutkan, nak je aku berendam dalam air. Layan sensasi contraction. Risau pulak takut terberanak dalam air. Nasib baik takde kolam.

Dalam jam 11 pagi, contraction masih 10minit lagi. Aku ajak husband jom lah. Risau pulak. Tetiba je ada call dari kargo. Lahai, nak hantar tudung mesir pulak time2 macam ni. Hoh, terkejut kite. Awal pulak sampai. So kitaorang jumpa kat tepi jalan jalan. Husband memang kalut sangat time tu.

Sampai kat hospital dah 12thari. Tunggu register. Eh, ramai pulak yang dok menunggu. Kite ni dah la sakit perut. Ok takpe, selagi boleh sabar, kita sabar je la.

12.30 sampai giliran. Pegi kaunter tu dalam keadaan yang sangat sakit. Misi tanya je, aku nangis tahan sakit. Kata misi, katil penuh. Tapi aku mintak buat ve je dulu. Misi cakap ok boleh je. P la baring kat katil ujung sekali. Sekali misi terkejut sebab dah 6cm. Dia macam cuak, tapi takleh nak buat apa sebab katil sume full. Eh, time aku nak beranak mesti full aje. Kataku dalam hati yang kudus ini.

Sebenarnya air ketuban dah pecah kat rumah lagi. Lebih kurang kul 11 gitu. Aku ikut je misi tadi naik level 4. Baring atas katil jap, check ctg. Pastu turun katil, pegi labour room. Masa tu dah kul 1pm. Aku tanya misi, husband boleh masuk kan. Misi cakap boleh. Aku suh husband p solat zohor dulu. Dah siap solat, dia masuk. Masa tu aku dah macam nak buang air besar. So aku buang je. Husband terkejut, first time dia tengok bahan kumuh aku. Aku suh dia cuci je, sebab misi takde time tu.

Misi masuk, aku cakap tak tahan dah jo. Nak teran. Lepas check ve lagi sekali, misi cakap ok boleh dah ni. Masa dia ready2 tu, dia cakap " panjang, panjang". Aku pun jawab, apa yang panjang. Lahai, rupanya dia suh aku teran panjang panjang. Aku ingat apa la yang panjang. Blur sangat time tu.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya lahirkan baby SI dengan berat 3.04kg jam 2:50 petang. Teran 3 kali je. Masa skin to skin, baby SI berak atas perutku. Aduhai anak, kasi ummi hadiah ye. Aku tanya misi, kena jahit ke, misi cakap ye, sikit je. Aku tanya, tak jahit tak boleh ke misiku.. Dia cakap berdarah ni.. Hurmm, kena jahit gak nampaknya. Baru je feeling feeling no epi. Pastu husband request dcc, misi tak bagi. Terus je dia potong. Kecewa sangat time tu..

Lepas siap sume, kul 5pm baru misi lain datang ambik. Bercinta aku tunggu dalan labour room tu. Aku ingatkan tukar strecther, rupanya naik wheel chair je. Allahuakbar, nasib baik husband ada tolong angkatkan punggung. Dah la baju penuh dengan darah.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails