23 januari 2011
5.41 pm
Baru ketika tadi , saya menjengah ke luar . duduk di depan pintu . mengambil angin petang . ibu di depan sedang membaiki tangga tanah . yang selalu membuatkan tamu berfikir dua kali untuk bertandang ke rumah kami . kecuali ada hal penting .
Kelihatan 2 orang kanak – kanak bermain bola . lalu bola itu jatuh ke depan rumah kami . salah seorang kanak – kanak itu turun segera . bukan melalui tangga yang ibu sedang baiki itu . dan seorang lagi berlari menuju ke tangga tanah itu . walhal dia sudah maklum ibu sedang membaiki tangga itu .
“nak lalu boleh ?”
“tak boleh”
Lantas dia berlari ke tempat lain . beberapa minit kemudian , dia datang lagi .
“nak lalu boleh ?”
“tak boleh !”
“Kenapa tak boleh ?”
“Orang tengah wat keje ni kan !”
Saya tersenyum . kanak – kanak , apa yang kalian fikirkan ? boleh saya mahu jadi macam kalian lagi ?
No comments:
Post a Comment
apa kata anda ?