Thursday, May 5, 2011

Kisah Saya

kepada semua , saya kini berada di kampong bersama ibu tersayang . hampir 2 minggu saya berada di sini . dan saya akan kembali berjuang tuk kesekian kalinya .

sepanjang bersama ibu , saya cuba memahami kesusahan hidup yang ibu tempuhi tuk membesarkan kami adik beradik , sehinggalah masing2 berumahtangga dan kini beliau masih mencari rezeki sesuap nasi untuk menyara diri selain bergantung kepada ehsan anaknya .
saya cukup rasa hinanya diri ini kerna saya masih tak mampu tuk menyara sepenuhnya kehidupan ibu .

umur 6 tahun sudah membanting tulang di sawah padi sedangkan kanak2 lain bertungkus lumus belajar di dalam kelas . ibu tak pernah dapat mengenal satu huruf pun . sehinggalah akil baligh , ibu di kahwin kan oleh nenek . selepas berkahwin , beliau masih membanting tulang mencari rezki lagi , tak pernah berhenti . apalah yang mahu diharapkan dengan suami beliau yang juga senasib seperti beliau ?

pelbagailah pekerjaan yang di ceburi , yang memerlukan tenaga yang kuat , seperti seorang lelaki . ouwh ibu , maafkan daku kerna menyakitkan tangan dan kakimu ! ibu membanting tulang melakukan kerja2 ladang , bekerja di kilang balak , menjaja , bangun di awal pagi membuat kuih lalu di hantar ke kedai2 berdekatan , selepas azan subuh bersiap2 ke ladang tuk menebas hutan , menoreh getah , mengambil upah mencabut rumput , mengecat , bekerja di kilang keropok , bercucuk tanam dll

segala penat lelah titik peluh beliau adalah untuk menyara kami adik beradik , yang masih kecil tak mengerti apa2 . ada suami di tinggalkan , lalu berserah saja pada takdir , hidup mesti di teruskan . jiwa ibu ternyata sangat kental .
walau hidup ini sementara , ibu tetap perlu teruskan hidup , tidak hanya berserah pada takdir . dunia dan akhirat di seimbangkan .

di sebabkan ibu tiada rumah lagi , terpaksa ibu tinggalkan saya dengan abang di Pahang lalu bersekolahlah , berkawanlah saya di sana .. sehinggalah darjah 2 .. berlinang air mata meninggalkan kawan2 sepermainan .. ibu menyuruh sedara saya mengambil balik tuk ke pangkuan ibu , kerna ibu sudah berjaya membina semua bangsal tuk kami berteduh .. tapi saya yang dulunya sangat talkative kini menjadi pendiam .. sedih .. sehingga hari ini …

ketika saya darjah 6 , masih terbayang2 lagi wajah ibu yang kepenatan baru pulang dari menoreh getah .. lalu kakakku yang ketika itu mahu pergi ke asrama sekolah agamanya , form 4 tak silap , mintak duet belanja .. merah mata ibu saat itu ..

tapi akhirnya kami dewasa jua ..

2 comments:

  1. sayu jer sy bace..
    emm.. alangkah kuat yer semangat die utk menyara dan membesar kn anak2 yer..

    ReplyDelete
  2. berat mata memandang , berat lagi bahu memikul ..
    thanks en zacky ..

    ReplyDelete

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers