Sunday, May 22, 2011

Melawat Terengganu


selepas selamat di ijabkabul , kami melawat Terengganu , hampir keseluruhan . tak di rancang sebenarnya .. kebetulan kami hantar ibu ke rumah kakak kat cheneh , kemaman . bercadang mahu balik ikut jalan kuala Terengganu , alang-alang kami melawat Terengganu lah kan ? dari aring , ikut tasik kenyir dan akhirnya cheneh . setelah hantar ibu , kami teruskan perjalanan .. terpandang signboard tepi jalan , kami dengan senang hati ke teluk mak nik . udara sangat segar , angin bertiup sepoi2 bahasa . singgah di gerai monica bay ,tapai ubi goreng jadi pilihan sambil bertanyakan chalet terdekat . wah , rupa2nya teluk mak nik tidaklah terkenal seperti port Dickson .. tak ada chaletnya .. terlanjur dah sampai , kami berpelesaran di tepi pantai . chantek betul bumi Terengganu ni ..

jam hampir mencecah 6 ptg , kami teruskan perjalanan . bergegas ke kereta , alamak , ada pak cik eskrem . membeli jap dan nom nom nom . terpandang 1 kereta Honda civic kaler hitam metallic , belum sempat anak-anak tutup pintu kereta , si ibu as a driver dah gerak . menjerit ank-anak . ish ish ish , brutalnye puan2 kat cni .. kami terus ke chukai .. aik , nape tak ke kemaman ? chukai dekat sikit .. haha . walhal kami nak ke cherating .. konpem kat sana ade chalet kan ? cherating kan femes .. setelah sampai , kamu pusing semua chalet . carik harga besh . paling murah tapi paling tak besh ! aduh , menyesal tak sudah . okey , sabar je la . satu malam je pon .. malamnya kami jenjalan . tak ramai orang pown .. bukan musim cuti kan .. jalan2 cari makan . walaupun tepi laut , senang dapat bekalan makanan laut , harga tetap mahal . pe kejadahnya ? sabo je la tempat orang kan . kami tahu ape ??

esok pagi lepas breakfast kami teruskan destinasi ..on the way ke kuala Terengganu kami singgah gerai akok .. terliur plak tengok asap berkepul – kepul hasil pembakaran .. bakar dengan sabut je kan . skang ni sume nak microwave kot .. tapi kechiwa , produt not as assumed . asap je lebih . tak sedap !!

kami singgah lagi .. kali ini workshop .. hihi .. kasi tough ckit itu kereta .. cian dia kan .. selepas tu kami teruskan perjalanan . sangat chantek pemandangan negri ini . luas terbentang . bentuk muka muka bumi 80% rata so luas mata memandang . indah sungguh . untuk ke KT , kami perlu melalui paka , kerteh . ha , kerteh tempat loji penapisan minyak kan . sangat luas ok . terengganu memang sangat kaya . pengeluar minyak terbesar kat Mesia kot . dengan tempat emas ini , ribuan rakyat boleh bergantung harap kat sini . rezeki melimpah-limpah . Allah maha penyayang . sayangkan umatnya . limpahkan rezekiNya ..

kami singgah pantai kelulut .. chantek , tapi tak sechantek pantai batu buruk .. kami ikut rantau abang , eh , ni tempat penyu bertelur la .. jangan lupa singgah tempat penyu tau ! tapi kami buat2 lupa .. hahaha

bersambung boleh tak ? …

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers