Thursday, July 14, 2011

Rayyan Fantasi


yup , aku kembali dengan satu entri yang di janjikan . ingat tak ? sila baca entri ni balik . aku nak tunaikan janji itu lah ..

okeh , kita mulakan dengan kisah Ibrahim , atau nama betulnya Mij-Gillion . mungkin en Ramlee ada maksud tersendiri kan bagi nama pelik2 ni ? Ibrahim ni sebenarnya makhluk asing .. dari planet Yuk’kaa .. di sebabkan kat Yuk’kaa tu ada perebutan kuasa , Ibrahim lari ke dunia bersama seorang anaknya yang di berikan nama Aiddin , nama sebenar Rayyan . tujuan sebenar Ibrahim ni cuma nak selamatkan anaknya je .

Aiddin tak tahu asal usulnya .. yang dia tahu dia ada sorang ayah , sorang mak dan sorang atuk .. dorang tinggal kat Kundasang Sabah . Ibrahim telah berkahwin dgn Supinah , manusia betul . kirakan hanya Ibrahim dan Aiddin je la makhluk asing . Atuk Aiddin ni pon manusia , ayah kepada Supinah .

rahsia Aiddin yang di simpan kemas oleh ayahnya akhirnya terbongkar apabila banyak sangat tanda tanda pelik yang menunjukkan Aiddin ni makhluk yang istimewa . contohnya dia punya kemahiran menembak yang tinggi , sangat pandai dalam matematik , keupayan mengingat formula matematik dalam masa beberapa saat je dan yang paling penting , time dia study , hanya mata putih je yang nampak . seram kan . Ibrahim tersentak sebenarnya dengan keupayaan Aiddin , tapi dia tak dapat menutup lagi rahsia mereka berdua ni .

yang sebenarnya , Ibrahim adalah ketua Yuk’kaa dan Aiddin merupakan pewaris takhta Yuk’kaa . Aiddin terpaksa ke planet Yuk’kaa atas desakan dan seterusnya di culik oleh Mika , yang juga makhluk Yuk’kaa yang sememangnya tinggal di Yuk’kaa . Aiddin perlu menyelamatkan planet Yuk’kaa dari kekejaman pemerintahan yang baru ni , iaitu , pembesar Mij-Gillion sendiri , yang telah di rasuk oleh kuasa gelap di jajahan Karuk , tang ni la aku cakap dah macam cite spiderman black tu ..

sementara di dunia , Aiddin telah di percayai menghidap barah otak tahap empat . kawan – kawannya memang la terkejut. sebelum dia meninggalkan dunia , dia telah membuat senarai apa yang dia nak lakukan sebelum dia mati . last sekali dia mahu mendaki Gunung Kinabalu . at last dia berjaya , tapi dia hilang di kawasan hutan pergunungan itu ! sebaliknya dia telah di culik oleh Mika !

ada juga di selitkan tentang cinta .. kasih sayang .. en Ramlee punya thriller memang lah seimbang . tak berat sebelah . tapi bagi aku , cerita ni berat . kadang – kadang tak masuk akal . fantasi .

walauapapun berlaku , aku tetap suka A.D.A.M dan Hatiku diHarajuku .

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers