Saturday, September 24, 2011

Jangan Saman Aku Kerana Ini .


okeh . aku ni sebenarnya suka tengok drama tv3 . hampir setiap cerita aku menelah termasuklah siri zehra malam tadi . tajuk dia tahajjud cinta .

tapi tiap kali aku tengok cite tu , mesti aku sakit hati . tiap kali dialog ustaz sauki di lontarkan , mesti dahi aku akan berkerut2 . mungkin aku terlalu menghayati kot ? apakah motif aku nak cerita ni sebenarnya ?

pendapat aku , skrip ustaz sauki keterlaluan . siap dengan ayat al-Quran lagi . cukuplah sekadar terjemahan .. boleh plak citra dgn ustaz solah baca terjemahan ayat je ? apakahhh ?

straight 2 the point . okeh , aku tak suka cerita ni sebab bagi aku ia akan memberi kesan negatif kepada Islam .

meh aku bagi synopsis sikit . ustaz sauki ni pemilik sekolah pondok yang merupakan guru agama yang dihormati di kalangan mereka , mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang2 bawahannya sehinggakan orang bawahannya terlalu taksub kepadanya . kononnya dia hidup berpandukan al-Quran dan sunnah nabi . hampir setiap perkataannya di bacakan ayat2 al-Quran untuk menyokong pernyataan dan perbuatannya .

yang menjadi pertikaian , dia sudah mempunyai 4 orang isteri , tapi di sebabkan isteri ketiga menabur fitnah terhadap seri dan ustaz solah , dia telah menceraikan isterinya itu dan melamar seri sebagai isterinya ! walhal seri tu sebaya ustaz solah , anaknya .

seolah2 perbuatannya sentiasa betul dan tiada yang salahnya . dan malam tadi , dia nak bagi sebuah rumah khas untuk isteri mudanya sedangkan isteri2 yang lain tinggal serumah . apakahhh ??

aku tak tahu apa motif cerita ni . mungkin pengarah nak dedahkan kepada masyarakat tentang Islam yang berpandukan al-Quran dan as-sunnah yang di salah gunakan . tapi bagi aku cerita ni tak patut di tayangkan . ia sangat memberi kesan negative kepada saudara baru Islam dan kepada penganut agama lain . Islam yang sebenar bukan macam tu . jangan salah gunakan media untuk duet semata . apa salahnya menambah pahala dengan berdakwah dengan cara yang betul ?

1 comment:

  1. kebenaran tu pahit tuk ditelan kan...

    lgpun ia memang jadi kat masyarakat kita kan..

    ReplyDelete

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers