Monday, January 9, 2012

Solat Hajat Sempena 7 Bulan


tak pe kan aku nak cerita benda yang dah lepas 3 minggu kan ? eheh , sebenarnya nak ceritakan selepas 4 hari , tapi terus terlepas sampai hari ni . malam tadi baru teringat yang aku dah terlepaskan 3 minggu . haissshhh .

cuti krismas taun lepas kalian ke mana ? heh , aku terpaksa balik kelantan nun yang jauh kerana kandungan aku dah berusia 7 bulan . kaitannya ialah kami sekeluarga perlu membuat solat hajat untuk mendoakan bersama-sama akan aku dan baby selamat dilahirkan .

mulanya aku refuse tak berapa suka nak balik time krismas tu . hajat di hati nak balik kampong sampai la 3 hari , tapi apakan daya seorang isteri , hanya mampu menurut kehendak suami . cuti inchik suami hanyalah 3 hari , 2 hari di gunakan untuk perjalanan shja , maka berbaki hanyalah 1 hari . sangat mengechiwakan . maksud aku , aku nak berbaki 3 hari . tapi , nasib tidak menyebelahi aku .

memang limited . bertemu mata dengan sanak saudara pon tak puas hati . nak berlama- lama di kampong aku pon tak boleh . nak berlama-lama di pantai pon tak boleh . nak tenangkan pikiran pon tak sempat .

alhamdullillah , majlis yang di rancang akhirnya selesai dengan jayanya . aku bukanlah memainkan peranan penting , terima kasih kepada keluarga belah inchik suami yang bertungkus lumus . kami menghidangkan laksa laksam kepada tetamu . tetamunya pon sanak saudara gak . hahah .

aku cuma dambakan majlis yang sangat ringkas , tetamu datang tak menang tangan . syukur kami punya ramai tenaga kerja . heheh .

akhirnya , majlis telah mencapai matlamatnya namun hati masih tak puas kerana tak dapat berlama-lama . ahah , tak apalah , nanti berbulan la plak aku akan dok kampong . barulah tak ter update blog hang !

2 comments:

  1. semoga awak, suami dan kandungan sentiasa dilindungi Allah swt, amin

    ReplyDelete
  2. amin .. tenkiu inchik nazrul .. sy doakan kamu bahagia selalu .

    ReplyDelete

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails