Monday, June 11, 2012

Rasa Sayang Hei Rasa Sayang Hei

kadang-kadang berkerut muka aku cari idea nak update blog ini . kadang-kadang juga dengan senyum simpul aku update blog ini . haih , aku sendiri pon tak tahu apa perasaan aku time itu .

sekarang ni berkerut-kerut dahi aku . pakej sekali dengan pening kepala sebab tak mandi lagi . apa taknya , pukul 11pagi baru bangun . itupun Adam tak bangun sepenuhnya lagi . Adam , bila aku bangun , mestilah dia bangun . bila aku tidur , mestilah dia tidur . bila Adam tiudr , tak semestinya aku tidur .

pepagi aku bangun solat subuh , ingat dah tak mau tidur dah . tinggal je 10 minit , uk ah uk ah bunyi . sua nenen , terus lena . tinggal lagi 5 minit , bunyik lagi . sua nenen , lena 3 minit . tinggal lagi 2 minit , mata terus bulat sekali gan senyuman . cemana aku nak bangun awal ? terpaksa dok tepi Adam sampailah dia tersedar sendiri .

dah bangun plak , siapkan air mandi . mandikan semua , bagi susu , terlena atas riba . letak bawah mesti sedar lepas 3 minit . terpaksa la letak dalam buai . baru boleh buat kerja . agak-agak dah jam berapa tu ?

itu baru anak sorang , tak anak dua tiga lagi . itu surirumah sepenuh masa , tak bekerja lagi . rasa di hati nak bekerja membuak-buak , tapi sayangnya lah nak tinggalkan anak kat orang lain . tinggal kat abi dia 5 minit je pon dah rasa rindu yang membuak-buak .

nak kerja , macam ibu lain . nak belikan Adam ssc , baju , rompers , topi , kasut , mainan ..... ipad , blackberry , baju baru ,  baju raya .. ah , banyak lagi !

bersyukurlah dan berusahalah !



5 comments:

  1. sy pun , teringin nk jadi ibu ,mungkin dimakbulkan suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  2. saya doakan kamu di murahkan rezeki selalu !

    ReplyDelete
  3. mcm tu juga saya rasa masa nak kerja semula.sampai skrg tiap kali htr anak2 ke nursery,rs mcm nk mc je tak nak gi ofce hehehe.tapi bila fkr komitmen byk kenalah juga keja huhu ^^

    ReplyDelete
  4. Sampai begitu sekali up-date blog hihihi

    ReplyDelete
  5. salam kenalan...singgah n follow :) dulu RS pun camtu tp now...dah jd surirumah sepenuh masa.rasa sgt2 best sebab dpt besarkan anak dgn air tangan sendiri.boleh cari part time kat rumah.sebab kalau kita keje..mmg nak ikutkan byk komitmen tp insyaAllah ada jalannya.RS cuma pk...takkan ada peluang kedua kalau kita terlepas peluang pertama dlm besarkan anak.so..jgn stress2 :)

    ReplyDelete

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails