Tuesday, January 1, 2013

Cerita Di Malam Tahun Baru

tup tup 2013 .. mati-mati daku ingat dah 2014 .. hakhak .

malam sambut tahun baru kalendar masihi ni , kami keluar .. petang ke mydin usj , terpaksa pegi sebab glasses problem . dah drop glasses kat sana , kami ke masjid shah alam rasanya . tapi tak sure la sbb tak ingat , samada ke masjid terus atau singgah some place dulu . yang pasti kat masjid punya la ramai muslimah .. rupanya ada program 1000 jiwa 1 hati .. memula ingat nak join , rupanya khas tuk pelajar je .. perasaan betul daku ni . kihkih

dah siap solat maghrib , hubby ajak jenjalan cuci mata , mengikut la daku walaupun sakit lutut .. sobsob . tetiba je ada sorang ni ajak daku buat test kesihatan , free . daku pon ikutkan je la . sekali result tak best . kategori aku nombor 7-kurus . hubby no 5-sihat . yang daku punya tak best sebab BMR untuk wanita sepatutnya 1200 .. tapi daku punya 1041 je .. sebab tu daku cepat letih , semput .. so daku dinasihatkan ambik breakfast dan protein lebih .. omg , daku memang liat sangat nak breakfast .. pagi-pagi mesti malas nak masak dan takde selera nak mengunyah .. kan best kalau ada orang readymade kan daku breakfast .. oh , berangan !

dah siap solat isya' , kami gerak ke dataran .. subhanallah , ramainya muslim dan muslimah yang menunggu kehadiran ustaz azhar idrus .. sampaikan padang yang besar tu penuh .. nasib baik ada lagi 1 padang yang boleh back-up .. skrin pon ada sana sini .. daku lepak kat belakang pentas je .. Muhammad Adam pon mula la nak meragam .. mengamuk sebab mengantuk .. daku susukan beliau macam tak selesa .. adudu . kesian hubby kechiwa sebab terpaksa balik .. sekejap je boleh dengar .. dah masuk dalam kete boleh pulak beliau tidur dengan lenanya .. sabar je la ..

nak tempek gambar kat dataran memang tak dapat la sebab tak sempat nak amik gambar .. sosob .

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails