Saturday, May 25, 2013

Suka Sangat Ajuk Orang

tetiba je mood nak menaip datang . heheh

lately muhammad adam suka sangat tiru orang sekeliling dia . let say kalau ada someone say bye bye . dia cepat-cepat lambai tangan then say bye bye juga . walhal someone tu tak tuju kat dia pun . saje je kan nak menarik perhatian orang . ahaks

2-3 hari ni , husband i macam batuk-batuk then ada la kahak . so bila nak keluarkan tu macam ada bunyi yg tak berapa nak best la kan . boleh pulak si kecik ni tiru . siap gaya tunduk-tunduk lagi . walhal sekali je dia mengintai abi dia masuk bilik air buang kahak . asal bunyi abi dia batuk-batuk je , terus cepat2 dia buat bunyi tu sambil tunduk . 

malam tadi saje je nak test dia . tengah dia dok belek-belek mainan , i panggil dia then buat-buat cucuk ketiak husband . memula dia tengok je , pastu terus bangun datang cucuk jugak . hai lah adam !

contohnye lagi , bila kami bukak balutan kat tangan dia nak tukar baru , i mesti la letak ubat kan . dah siap-siap balut sume , boleh plak dia amek ubat tu then letak kat tempat balut tu . kengkonon letak ubat la ..  

pasal makanan dia , i penat la masak pasta letak cheese bagai , boleh dia refuse ! dulu kemain makan . rasa sedih je .. sape nak habiskan ? sebab skang ni dia macam tanak makan makanan yang lembik . if i buat bubur pun dia refuse . so kami terpaksa suap makanan yang kami makan . baru dia tak keluarkan dari mulut . yang paling dia suka , nasi goreng !

see , here is he . our love .

1 comment:

  1. JOM TEMPAH HEADER NGAN SUE
    JUST RM5 DAN RM3 JE

    http://suhaidasupalio.blogspot.com/2013/05/header-murah-rm3-dan-rm5-sahajacepat_28.html

    ReplyDelete

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails