serasa sedih di hati . ceh poyo je . hari minggu masih berada di rumah , kerana suami tercinta terpaksa bekerja demi mencari sesuap nasi ..
muhammad adam , anak terunaku kategori susah nak tidur siang . lebih2 lagi kalau abi dia ada kat rumah . bercinta la dok membuai dalam buaian tu . tak jugak2 pejam mata . kalau nak suruh tido , memang terpaksa masukkan dalam buai . kecuali waktu malam la .. sebab masing2 tidur kan . itu pun ambik masa jugak nak tunggu dia tidur . macam aku mention tadi , kalau abi dia ada , memang susah sangat nak tidur .
abi dia keje shift , seminggu siang , seminggu malam . kalau time abinya keje malam , memang susah sangat nak tidurkan adam waktu siang . sebab dia tahu abi dia ada , walaupun abi dia tidur . dapat tidur sejam pun kira nasib baik sangat la tu . tapi waktu malam , jam 9 dah tidur dah , sebab abi dia takde , cuma aku dan dia je .
kalau abinya keje siang , malam pulak susah nak tidur . siang pun susah , tapi xde la sesusah time abinya ada . kiranya siang adam akan tidur 2 jam . pagi lepas breakfsat mandi sejam , petang lepas lunch sejam . itu memang dah heaven la bagi aku . tapi jangan harap la aku boleh biarkan je dia tido dalam buai tu sensorang . kalau buai dia tu tak berenjut , akan meronta bangunlah nanti .
ada waktu2 hari cuti kami keluar jenjalan , adam takkan tidur siang . kira nasib baik sangat kalau time menyusu dalam kete , dia terlelap sekejap . bila kete berenti je , pup , mata mesti terbuka besar .
waktu malam pun , banyak kali terjaga mintak nenen . eh , awak dah besar tau . dah nak masuk 2 tahun dah . ummi awak dah hampir 2 tahun tidur tak lena waktu malam ni ... sobsobsob

bulat je mata dia huhu
ReplyDelete