Thursday, December 31, 2015

The Ending 2015 Zulaikha

jaga anak ni memang betul betul mencabar fizikal mental. kan aritu aku ada bagitau zul tak nak makan sayur, lepas tu sume benda makanan dia tak nak makan. kan hari tu aku cakap nak buat nasi kerabu so aku buatla. then lepas tu kitaorang pun makan nasi kerabu.

malam tu badan zul naik gegata. menggaru je keje dia. aku sapu vco kat seluruh badan dia. kesian dia, merengek je keje. malam tu kami tak dapat tido.

muka dia bengkak. mata jadi sepet. sebenarnya dia pernah naik gegata ni dulu. tapi takde la seteruk ni. time dulu dia makan keropok keping tu. tengok kitaorang makan, dia pun nak join makan gak. kali ni teruk. aku taktau kenapa boleh jadi alergik ni. padahal dia tak makan pun. tapi ada gak aku suap nasi kosong kat dia time makan nasi kerabu tu. pastu dia ada makan keropok secoet.

aku mandikan dia dengan sabun baby yg aku beli sekali dgn jamu tu mcm kurang cket la gatal dia. lepas mandi dia ok je main dgn abg long. boleh la aku berjoget sekejap. bila dah start kegatalan tu datang, memang aku takleh tinggal la. merengek je manjang. 3 hari aku stress.

alhamdullillah, semalam zul dah boleh tido lena. gegata tu pun dah hilang. cuma yg tertinggal bekas zul garu. jadi kuping.

pastu kan, mlm tadi zul tertido time menyusu. kuat betul dia menyusu skrg ni. letih mak. pastu aku kalihkan dia kat tilam. sekali tengok bibir dia plak bengkak. terkejut sakan oi. mcm angeline jolie dah. aku letak vco je. modal aku vco je la. hihi

bangun pagi ni dah surut pun. hai lah zul, kurangkanlah sensitiviti anda itu. dunia ni banyak sangat pancaroba tau. jangan manja sangat. mentang2 lah gegirl.

hai 2016. be nice to me please. k bai

No comments:

Post a Comment

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails