Friday, July 16, 2010

Prosedur Penting Tuk Nikah


LELAKI

1. Pergi ke Pejabat Agama untuk mengambil borang nikah di kawasan tempat tinggal beliau. Contoh : kalau berasal dari Kelantan, borang tersebut harus diambil di Kelantan.
2. Isi borang tersebut.
3. Pergi buat HIV TEST di mana² hospital atau klinik (yang terpilih sahaja). Contoh : HKL. Tapi kebiasaanya anda perlu membuat appointment terlebih dahulu. Walk in tidak dilayan.. =P
4. Sediakan SURAT AKUAN BUJANG dari Human Resource (HR) tempat kerja anda. Perlu diberitahu ia adalah untuk tujuan perkahwinan.
5. Fotostat IC lelaki dan perempuan, kalau boleh sediakan lebih dari sekeping la.
6. Fotostat sijil pra-perkahwinan (kursus kawen) lelaki dan perempuan. Sijil original juga perlu disertakan.
7. Bawa semua dokumen di atas berjumpa IMAM kawasan tempat tinggal anda. Lepas tu imam akan cop dan sign untuk pengesahan.
8. Borang yang telah disahkan tersebut perlu dibawa ke pejabat agama untuk mendapatkan "Surat Kebenaran Berkahwin Di Luar Mukim".
9. Jadi, surat itu perlu diberikan kepada pasangan (perempuan) anda.


PEREMPUAN

1. Dapatkan borang nikah dengan imam. Biasanya imam ada sediakan borang nikah (tempat asal anda).
2. Isi borang dan tandatangan wali.
3. Sediakan :


* Surat kebenaran kahwin luar mukin, lelaki
* Gambar berukuran pasport, lelaki (2 keping) bersongkok
* Gambar berukuran pasport, perempuan (2 keping) bertudung
* Salinan IC lelaki
* Salinan IC perempuan
* Salinan IC wali
* HIV test result bagi perempuan
* Surat akuan dara (kebiasaannya imam tak tengok pun, tapi sediakan je la)
* Salinan Sijil kursus pra-perkahwinan (kursus kawen) , sijil original juga perlu disertakan


1. Semua dokumen di atas perlu dibawa berjumpa Imam kampung anda untuk mendapatkan pengesahan.
2. Selepas itu, dokumen yang telah disahkan tersebut perlu dibawa ke pejabat agama untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin
3. Surat tu serahkan pada imam..dan
4. Settle..boleh KAWEN daaaa. aminnn =)

tggu ! cara nak dpatkan wali hakim plak :

Sebelum submit borang yang kat atas tadi tu...si perempuan ni kena mohon dari NCR (nikah cerai rujuk) tadi untuk mendapatkan wali hakim...nyatakan sebab-sebabnya...bawak datang saksi...then Pendaftar NCR tu akan buat satu laporan kepada Mahkamah Syariah Negeri terbabit untuk diberi keizinan wali hakim....

Then kena bawak laporan tu dan failkan kes permohonan Wali Hakim di Mahkamah Syariah...then bila tiba hari perbicaraan, semua saksi-saksi dan laporan Pendaftar tadi diambil kira...maka akhirnya setelah berpuas hati Hakim akan mengeluarkan penghakiman Kebenaran Wali Hakim....

Then barulah penghakiman bertulis itu tadi dibawa ke Pendaftar NCR untuk permohonan dalam perkara pertama atas tadi tu...rumit sikit la...

Kalau dia Muallaf (baru masuk Islam) yang ni senang...walk in je pegi ke NCR..terus diorang akan bagi kebenaran Wali Hakim...silap-silap siap nikah kat situ je...

2 comments:

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers