Wednesday, November 2, 2011

Bomba Oh Bomba

petang 2 november 2011 satu tragedy telah menimpa 1 keluarga berdekatan dengan rumah aku . kami hanya selang 2 tingkat je (flat) . rumah aku tingkat 2 , umah beliau tingakt 4 ; paling atas dan belah hujung . selang lot plak cuma 2 rumah . kalian dapat bayang tak ye ? meh aku letak gambo yg di ambil dari rumah .

angle yg di ambil dari balkoni rumah aku

lebih kurang jam 3:15 pm , satu kilat memancar dari langit lalu telah mengenai rumah tersebut . aku tak pasti bahagian mana tapi time kilat tu , terus aku tutup sume plug . time tu baru nak ujan so tak sangka lak kilat tetiba je ada . selepas beberapa minit , aku terhidu bau hangit . time tu aku jenguk kepala kat luar rumah . nak tengok langit kan . terkejut kot nampak asap dari corong atap umah beliau .

2 org bomba yg dok sembur air

cepat2 aku pakai suar yg elok sikit , capai tudung terus kuar rumah jenguk keatas . ya Allah , rumah beliau berasap . time tu tak ramai lagi yg perasan . tapi dah ada la yang kol bomba . aku masuk rumah amik tepon terus kuar . panic tak tentu arah sebab rumah beliau dekat je gan rumah aku . rasa macam ntah apa2 . selai sepinggang aku kuar .

aku pun turun bawah . rumah tu elok2 berasap pooop terus atap runtuh kuar api besar . hai la bomba , mana engkau !! tuan rumah tu dah lari pun gan anak dia , selai sepinggang .suami dia keje .

bomba pon dtg terkedek2 . nak parking pun 1 hal sibuk dgn moto la , kete la . lori dorang kan besar . yg hangin , padanlah yg nak parking lori tu sorang je kat dalam . x payah yg len tu dok dlm lagi . cuba turun dulu tengok apa yg patut kan . semua penghuni dah berkumpul . tak tahu nak tolong macam mana sebab rumah tu tingkat paling atas . takut merebak dan meletup .

maksud aku kat belakang ni la . time ni kat ruang tengah dah padam so api pun merebak ke bilik ni . kenapa pakcik2 bomba tak sembur air awal2 lagi dari bawah ya ?

1 lori bomba lagi pegi ke bhgian belakang . yg aku hangin lagi , dah rumah tu paling hujung kan , boleh je sembur air dari bawah . nak jugak tunggu api merebak ke bilik lagi 1 kat bhgian beranda . dah elok2 padam kat ruang tengah , api bukannya tunggu kita kot . bleh dorang tengok dgn hati yg tenang atap bilik bhgian belakang jatuh ke bawah . walhal benda tu bleh je halang dari merebak . cuba la sembur dari bawah awal2 . ni nak sume dari atas . mana la sempat oi oi . sakitnya hati aku !!

sedih sangat bila jadi macam ni . sume hilang dalam masa sejam je . mau berpuluh2 ribu harta benda musnah . kemain susah kita nak mengumpul . kuasa Allah tak siapa yg dapat halang . sekelip mata je Allah tarik balik . tabahkanlah hambaMU itu ya Allah .

aku memang tak senang duduk . tak kisah dah gan diri yg pregnant ni . kejap2 pegi depan , kejap2 pegi belakang . aku rasa akulah orang yg paling kalut petang semalam . lebih kalut dari segala2nya .

p/s: bomba , tolong effective time buat kerja . biar ada strategi yg mantap . jangan cuma padam api .

3 comments:

apa kata anda ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers